Luzern | Rigi Kulm

1:25 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

bila cogwheel berhenti dan tengok kiri kanan ramai orang, maknanya kami dah pun sampai di puncak Mt. Rigi atau lebih dikenali sebagai Rigi Kulm.

terletak di ketinggian 1748m dari aras laut, Rigi Kulm merupakan puncak tertinggi Mt. Rigi yang turut dikenali sebagai the Queen of mountains.

anies malas nak selak2 sejarah ni. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Mt. Rigi ni, silalah Google ya. banyak info2 pasal Mt. Rigi tersedia kat situ.

oh, ya.. kenapa kami pilih Mt. Rigi? kenapa tak tempat2 pemes yang lain?

pertama, sebab masa. ya, kami punya masa yang sangat2 terhad. bukan kami tak nak pergi tempat2 yang pemes tu, tapi sebab jaraknya yang agak jauh, jadi kami memutuskan untuk singgah di sini saja. kalau pergi ke tempat2 yang pemes tu, sedikit sebanyak ia akan 'mengganggu' itinerary kami.

kedua, nak cari pengalaman. mana tau... bila dah faham selok-belok keadaan kat Luzern ni, ada rezeki nanti bolehlah repeat ke sini lagi. so, nak dok lelama kat Swiss ni memang no hal lah...

ketiga, sebab nak main salji... yap, bukan tak pernah main salji sebelum ni. tapi salji kat Bukit Cerakah tu dulu tak sama. bila keluar je, badan melekit2. so, once dah sampai Europe ni, maka kami pun panjangkan kaki ke sini. kita main dan bergelumang dengan salji yang real punya...😀😀😀

keempat, mmm... tak de alasan kot.... err... nanti la... kalau teringat anies sambung...

so, korang layankan je lah gambar2 yang ada ni yek! sebenarnya banyakkkk gambar selfie. gambar2 pemandangan snap yang mana sempat je. selebihnya banyak tengok dengan mata sendiri dan simpan memori dalam kepala...

apa2 pun anies harap satu hri nanti kawan2 semua dapat menjejakkan kaki ke sini... insya Allah...

wajib ambil gambar signage ni... tanda kami dah sampai sini lepas berbulan-bulan merancang... Alhamdulillah...

suasana depan 'stesen cogwheel'. yang naik dan yang turun... masa turun dari cogwheel, benda pertama yang anies tengok... tu.. puncak kat atas tu... boleh ke kami nak panjat ni??

apa2 pun kita snap sana sini dulu... what can i say?? Subhanallah... sangat2 cantik sampai menitik air mata...

kat sini kami tak ada hala tuju... rasa mana nak pegi, kami jalan je... sambil tangan tak henti2 dok selfie 😀😀😀

niat hati memang nak naik sampai atas tu... tapi kaki dah beri isyarat 'stop' sebab dah kaku. kaku sebab dah terlalu sejuk. kalau kami jalan lagi, bimbang cramp. so better stop demi kesihatan...

ni je laa yang mampu anies snap... terfikir juga nak buka glove dan pegang salji tu... tapi otak masih waras... tak buka glove pun dah sejuk inikan kalau buka??

bohong laa kalau cakap tak bimbang bila dah pijak salji ni. bimbangkan licin dan kaki terjerlus dalam salji ni.. ye laa kita bukannya tau selok belok kawasan ni. so, bila terasa macam nak tenggelam je kaki ni, cepat2 beralih ke tempat lain...

hampir sejam plus plus kami kat puncak dan tibalah masa untuk ucapkan selamat tinggal... sebak laa pulak masa nak tinggalkan Rigi Kulm ni... rasa nak duduk lama lagi tapi apa kan daya...

view ketika meninggalkan Rigi Kulm dengan cogwheel....

santeknyaaaaaa... i'll be back... one day... soon.. insya Allah..

ramai je yang main ski kat sini. kami cuma mampu tengok je laa...

memahat memori... selamat tinggal Mt Rigi. ada rezeki kami pasti kembali...

to be continued...

daaaa....

Kisah Silam Untuk Masa Depan

90 Words of Lo♥e

  1. mmg tak puas ahhh tengok gambar2 tu lawa....ada guling2 tak kt sana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x guling2 sbb jaket n seluar x kalis air sob sob

      Delete
  2. keempat..arsenal. OK, tak kelakar..hehe.

    memang cantik lah anies oiii..rezeki sangat dah sampai sini. salji bukit cerakah x apalah nak pegang. kat sini jangan buat pasal. mau frost bite.

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah terbayang macam mana kalau buka glove and banu sejuk tu. Boleh mati kesejukan agaknya kan hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu buka glove ok lg kot... esp spesis2 yg kulit buaya hahaha

      Delete
  4. Bestnya.. tempat cantik. Tengok suasananya pun pasti udara bersih, segar dan sejuk tp nyaman. Menariklah :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt menarik... kalau summer ntah mcm mn laa keadaannya lg happening kot

      Delete
  5. SUBHANALLAH MAHA PENCIPTA INDAH SUNGGUH KEJADIAN-NYA

    ReplyDelete
  6. Subhanallah sangat cantik dengan gambar matahari tu.
    Anies takde gambar guling-guling atas salji ke macam cinta hindustan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de sis sbb baju n seluar sy pakai ms tu kalis air ;-(

      Delete
  7. memang cantiklah pemandangan kat situ...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat tu..
    Teringin jugak nak main salji ni..

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, birunya langit. And salji tuuu, menariknyaaa~ <3

    ReplyDelete
  10. subhanAllah.. view yang nie lagi cantik anies!

    ReplyDelete
  11. aku dapat bayangkan bila kaki dah beku...aku tidur bawah kipas lelama pun boleh cramp kaki...ini kan pulak kalau kat salji...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul... sbb tu kalu terlalu sejuk better stop berjalan...

      Delete
  12. ameeen, nak juga merasa ke mt rigi ni 😍

    ReplyDelete
  13. ni Anies ni skrg ada mn ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy skrg kat malysia daa... ni cerita bln 1 aritu ;-)

      Delete
  14. rigi kulm? haha4 terpeliat lidah nk sebutnyer., tapi gmbr snow semuanya chantekk tu yee., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu br sikit wakkk lom lg nama yg panjang lebar... ;-)

      Delete
  15. pergh cantiknya... kt mana ni?

    ReplyDelete
  16. Salji,...salji,..syoknya tengok salji tebal cenggitu!

    ReplyDelete
  17. Ada ski lessons tak kat atas tu?

    ReplyDelete
  18. kebetulan pula saya tengah memnbaca artikel ini..cuaca sejuk dan hujan lebat


    ada feel la

    ReplyDelete
  19. mula mula baca ingatkan KULIM hehe

    ReplyDelete
  20. Cantik memutih..
    sejuk menggigit lah kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tangan tu yg plg sejuk kak sbb glove dah basah...

      Delete
  21. Wahhh.. bestnya dapat pijak salji. Lama dah saya tak singgah sini. Banyak cerita saya ketinggalan ni. =)

    ReplyDelete
  22. sempat buat patung salji tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak... pakaian sy x kalis air... sedihh

      Delete
  23. sempat buat patung salji tak?

    ReplyDelete
  24. Cantiknya tempat tu.
    Gambar2 semua memang terbaik..

    ReplyDelete
  25. Terasa kesejukkannya.. membeku..

    ReplyDelete
  26. bestnye main salji.. hee~ sejuk jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk2 biasa ok lg kalu sejuk mencengkam tu yg x thn

      Delete
  27. dulu di meisai pun dah tak.tahan sejuk..InI kan pulak tmpt bersalji...sah2 boleh beku

    ReplyDelete
  28. dulu di meisai pun dah tak.tahan sejuk..InI kan pulak tmpt bersalji...sah2 boleh beku

    ReplyDelete
  29. tik tok tik tok.. singgah sini.. hihi

    ReplyDelete
  30. macam mn nk ke sini kalau dari Malaysia ya. Selepas settle ptptn la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy trn kat london. dr london ke paris dan paris trs ke luzern... dlm entry2 sblm ni sy ada kongsikan...

      Delete
  31. Cantiknya langit biru dan salji putih 😍 kombinasi warna nature yang cantik.

    ReplyDelete
  32. syoknya dapat merasa salji :)

    ReplyDelete
  33. Ya Allah. Cantiknyaaa view . <3

    ReplyDelete
  34. Entry Anies pasal swiss nie boleh Nadia buat rujukan bila nak travel ke sana nnt . Insyaallah one fine day. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh....hrp ada rezeki nadiah smpi ke sini jg nnt ;-) aminnn

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆