Dusun Ramadan

11:09 am

✿...السلام عليكم✿

Narwastu apakah yang memecah
menjinakkan ruhi ke rimbun menghijau
taman teduhan yang meredup
dari sihir duniawi yang memukau

Ramadan yang mekar, aku datang lagi
sebagai pipit yang dahaga
sembunyikan aku dalam subur daun
bermandi embun menghirup rimbun; betapa
aku unggas tempang kepak
yang memapah iklim hayat bersembilu
dari helang haloba
yang sering memburu

Tak pernah mengalir kemanisan sebegini
susu menumpah
buahan yang terlimpah
juga bungaan dan harum yang mewah,
Ramadan yang memugar, aku berziarah lagi.
Ya, aku juga lagi - sebagai
tetamu kalbu, bertenggek di dahan
menghirup sakar ketulusan - enak yang
menikmati ke seluruh amalan.

Sebelum malam rembang
memukat aku dalam remang
izinkanku bersarang
untuk semusim hayat lagi.

Fahd Razy
Upper Rathmines Road, Dublin
Ramadan 1428H

:: puisi di atas dipetik daripada buku:

- Antologi Puisi Malaysia & Singapura - Dari Jendela Zaman Ini
-diselenggarakan oleh ITBM & NAC
-ISBN 978-983-068-480-2
-harga: RM40
-ketebalan 471 m/s


gambar tak dapat nak upload untuk sambung cerita @HCM ;-(

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

17 Words of Lo♥e

  1. susah juga jiwa macam saya ni nak faham puisi ni. tapi sebuah puisi yang sangat hebat.

    Ramadhan penuh berkat...jom cari keberkatan di dalam nya

    ReplyDelete
  2. ermm puisi untuk bulan ramadhan

    ReplyDelete
  3. Wah! cantik puisinya.....
    Salam Ramadhan Anies...

    ReplyDelete
  4. Wow berpuisi dibulan ramadhan

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Anies,
    Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...
    Selamat bersiaran kembali & sorry lambat reply...Mak busy siket lately

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan Al-Mubaraq :)

    ReplyDelete
  7. Fuh petang2 baca puisi dengan keadaan sejuk2 ni layanzz...
    Salam Ramadhan..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    ReplyDelete
  8. Puisi puitis di bulan Ramadan... bukan sebarang orang mampu cerna maksud ni...

    ReplyDelete
  9. Fuhhh, memang terbaik puisi tu..

    ReplyDelete
  10. seseklai berpuisi .good job

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆