✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
hari terakhir kami di Tokyo bermula dengan niat nak cari souvenir kat area Harajuku. dari stesen Shin-Õkubo kami naik tren dan turun di stesen Harajuku. tak jauh pun. cuma berselang 2 stesen je.
tapi...! bila kami sampai mostly kedai kat sini tak buka lagi😂 masa tu baru 8.00AM.
so, kami ambil keputusan untuk jalan-jalan cuci mata kat kawasan sekitar. tentang souvenir, nanti kami cari kat tempt lain laa...
cuaca pagi tu memang best. jadi kami boleh jalan-jalan dengan senang hati.
ke mana kami pergi?
stesen Harajuku. sebut fasal Harajuku, peminat pop culture semestinya dah sampai ke sini, kan?
stesen Harajuku ni terletak antara stesen Shinjuku dengan Stesen Shibuya.
suasana depan stesen Harajuku. lengang!
ada kedai dah buka. tapi yang pasti kedai souvenir masih tutup lagi.
short video: depan stesen Harajuku.
FYI, sebelah stesen Harajuku ada sebuah taman rekreasi besar yang dkenali sebagai Yoyogi Park. kat sini juga terletaknya Meiji Shrine yang famous tu. tapi kami tak pergi pun shrine ni sebab ia agak jauh ke dalam. maybe kalau kami ada masa, kami boleh singgah untuk bergambar.
short video. OTW to Yoyogi Park.
antara manhole yang terdapat ni dalam Yoyogi Park. terus teringat masa PKP dulu. flight kami kena cancel so sekaligus tak dapat tengok sukan Olimpik... bagero punya covid-19!😡
masa kami sampai, ramai jugalah manusia kat sini. ada yang tengah jogging, ada yang berjalan-jalan dengan anak-anak dan ada juga pelancong luar yang tengah bersiar-siar kat situ.
short video at Yoyogi Park.
kami berada kat sini lebih kurang 20 minit dan lepas tu, kembali semula ke stesen Harajuku. dan destinasi kami seterusnya adalah...
boleh teka tak?💥🙆
to be continued!
p/s BW lambat sikit...