HH: jsi větší než život

12:01 am

Dia sangat istimewa...
kata telinga ini,
tika gelodak relung jiwa, 
suara pesona memukau asmara.

Dia sangat istimewa...
kata mata ini,
menatap sebuah ketulusan luhur,
yang terbit dari sirna nan subur.

Dia sangat istimewa...
kata bibir ini,
tiap butir baris beradu,
menguntum bicara simfonis nan merdu.

Dia sangat istimewa...
kata akal ini,
menuai kepintaran menyemai kebijaksaan,
terkaku risalah dihimpit kekaguman.

Dia sangat istimewa...
desis jiwa ini,
tatkala ritma rindu berlagu,
menggegarkan arash kalbu.

Dia sangat istimewa...
bisik hati ini,
berkalang cukup sebati,
bermukim nan abadi. 

>>::<<

"di mana sayang, di mana kasih,
rindu ku layang, jiwa enggan merintih,
datanglah sayang, datanglah kekasih,
bukan dengan bayang, kerna cintamu ku raih"


thank you soooo much & i love you!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

16 Words of Lo♥e

  1. wah wahh....semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary kak!
    Romantiknya akak ni..

    ReplyDelete
  3. Dia sgt istimewa
    Dia sgt mempersona
    Dia membuat jiwa bergema
    Dia menghantar aku ke dunia
    Dia adalah Tuhanku.....

    ReplyDelete
  4. romantiknya.. moga bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  5. hepi anniversary !!..semuga kekal hingga kejinjang pelamin..amin..

    ReplyDelete
  6. Hepi anibeseri.....dah tiga tahun..moga berkekalan...Ammiiinnn

    ReplyDelete
  7. semoga sentiasa di rahmati Allah...

    ReplyDelete
  8. anniversary ye?
    selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 3.
    barakallah!

    ReplyDelete
  9. owh, lupe emel saya dhieranottie@gmail.com

    ReplyDelete
  10. wah anniversary ke ?
    wah sgt romantik la
    pandai berpuisi best2 ;)

    ReplyDelete
  11. dear, anniversary ke?
    selamat ulangtahun perkahwinan yer...semoga terus kekal abadi hendaknya...amin...

    ReplyDelete
  12. happy anniversary..moga kasih yg disemai akan berpanjangan..amin

    ReplyDelete
  13. semoga berbahagia selamanya..amin3 :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆