Kerana LiverpoolFC episode 1

12:06 am

Hari ni amik MC half day. sebelah pagi kena pegi submit assignment yang suppose nyer dihantar pada hari jumaat. tapi disebabkan printer, terpaksa postponed. argh! mesti markah kureng! sorry prof!

balik rumah jam dah pukul 11. that means, lepas ni kena bersiap-siap pegi ke K-Club yang terletak kat belakang rumah. tujuan? nak tukarkan 10 masthead Kosmo! untuk 1 training pass. jenuh jugak mengumpulnya. yelah, sebelum ni baca paper online je. tapi kerana LiverpoolFC... sanggup!

10 keping woo... jenuh gak!

dalam kol 12 lebih dah terpacak kat K-Club. sik baik la parking free. sementara tunggu kaunter buka, sempat lagi online. hahaha, tujuannya saja2 nak sakitkan hati membe2 yang tak dapat pegi. (jahat nyer ko anies)

masuk kol 1, orang dah ramai. sebenarnya segan pun ada. sebab rata-rata yang datang tu lelaki. anies sorang je pompuan melayu terakhir. then, pihak pengurusan K-Club open kaunter and masing-masing amik port (berbaris). sementara menunggu, kami berborak-borak la. of coz la pasal bola. seronok sebenarnya bila kita berjumpa dengan orang yang sekepala ni. walaupun tak kenal tapi bila berbual seolah-olah macam dah lama kenal.


masa ni adalah dalam 50 orang.

tunggu punya tunggu orang Kosmo! tak mai lagi. jam dah nak dekat pukul 2. argh, camne ni? nak masuk opis balik. kalau boleh tak mo la lewat sangat.

5 minit lagi kol 2 barulah orang Kosmo! mai. lega sikit. tapi yang buatkan hati panas je ialah bila diorang terhegeh2 nak set up kan barang. waduh!

masa tengah tunggu tu, diorang pun announce: 30 terawal dapat tiket tengok game FREE!

wah, masa tu mula la diorang mengira. anies cool je. sebab anies tak heran sangat dapat ke tak tiket free tu sebabnya anies dah beli. then, dalam kira-kira tu anies termasuk la juga dalam 30 orang terawal. REZEKI.

setiap orang kena tulis nama

sampai je turn anies, terus serah masthead Kosmo!, tulis nama then blah. sempat lagi anies usik kakak kat kaunter tu: ingatkan bleh dapat pass training dua! dia senyum je.

yahooo... dah dapat pass training. sok petang nak gi memanjat Bukit Jalil.

training pass + tiket game mas vs lfc on 16th July

tapi sebelum tu, sok pagi2 nak gi Pavilion. ada event khas yang dibawakan khas oleh Standard Chartered Bank khas untuk peminat2 LFC di Malaysia!

to be cont. episode 2

Kisah Silam Untuk Masa Depan

9 Words of Lo♥e

  1. Wah..sama lah anies. Kita pun dapat pass free tadi. Tapi secara tak sengaja. Tak caya baca ni Jom tengok liverpool berlatih petang ni

    Nak tiket game..SS tak ada pun. SS ada pass training je. Hehe..

    ReplyDelete
  2. peminat liverpool rupanya.. sokongla MU..aper arr

    ReplyDelete
  3. Akak..nak tiket, nak tiket game..huhu

    Jom pergi sama2 petang ni. Jumpa di stadium yea

    ReplyDelete
  4. waaaa..jelesnya..
    tp xminat liverpool..
    eh.. kalau dpt tiket free sure nak pg tgk jgk..hahaha ~

    ReplyDelete
  5. masa game esok nyanyi lgu youll never walk alone ramai2...kita buat macam tgk bola kt anfield

    kpd harimau malaya..semoga dpt beri tentangan yg hebat kpd the reds

    ReplyDelete
  6. adoi..pasal livepool poon sanggup..haha...kalo laki larang camne!..hehe...cara mengetauhi siapakah pengomen anonymous itu

    ReplyDelete
  7. miss anies : wah!!! untong nye...dapat pass free...('',)

    ReplyDelete
  8. lain kali kumpul ler byk2 masthead Kosmo tu. barulah boleh bagi kat SG ni. hehehhehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆