✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perjalanan kami dari imigresen Thailand ke bandar Hatyai mengambil masa kira-kira sejam. Alhamdulillah... jalan raya pun okey. tak jammed. almaklum laa... hari Sabtu kan...
dan... bila jalan-jalan ikut rombongan ni, memang tak sah kalau tak singgah kilang-kilang or kedai-kedai besar. ya laa kan... owner kilang dapat pelanggan. then syarikat travel dapat komisen. win win situation laa ni.
bagi anies, okey je nak singgah kilang or kedai selagi tiada paksaan dalam membeli. kalau suruh beli itu ini, anies banned terus tempat macam ni. silap haribulan, tour agency pun anies boikot juga😂
back to the title, tempat pertama kami singgah ni adalah kedai yang menjual barangan berasaskan madu lebah.
@ halaman / parking & main entrance Bee Garden, Hatyai. oh ya, Bee Garden ni akan berpindah ke tempat baru yang lebih besar dan luas. so kalau korang nak datang sini, make sure check dulu info ya!
sebaik tiba, setiap kumpulan akan masuk ke sebuah bilik dan diberi penerangan tentang produk-produk yang dijual.
kat dalam bilik ni juga pelancong dapat merasa produk yang diperkenalkan. habis penerangan, up to them laa nak beli atau sebaliknya.
dalam cup kecil tu, air campur madu kelulut. untuk yang susah tidur malam, boleh amalkan petua ni. dalam kotak tu ada pelbagai jenis produk daripada madu termasuklah bee pollen... semua kami try rasa.
rak dalam bilik pemerangan... ada macam-macam produk yang dijual....
selain madu ada pelbagai produk lain berasaskan madu / lebah dijual. anies beli balm untuk mengurut, lip balm dan kacang madu.
lip balm & balm. kalau sempat nanti anies buat review balm ni. sedap tau bila guna untuk mengurut!
ruang membeli belah. kat sini boleh bayar guna TnG e-wallet.
lobi Bee Garden. ruang jualan di sebelah kiri foto. kalau straight ke belakang, ada taman mini...
taman mini Bee Garden👇👆nak OOTD ke, selfie ke... terjah je ke sini...
short video @ perkarangan Bee Garden...
lebih kurang sejam kat sini, kami pun beredar ke tempat lain. ke mana destinasi kami seterusnya?
to be continued...
daaa